[KEMASKINI] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

13 Feb 2024 • 2:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang sekitar tengah hari tadi.

Menerusi video yang tular menunjukkan bangkai pesawat itu bertaburan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Laporan awal mengatakan sebahagian besar serpihan pesawat itu ditemukan di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar.

image is not available
Anggota Bomba sedang melihat keadaan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang sekitar tengah hari tadi. - Gambar JBPM Selangor, 13 Februari, 2024

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, buat masa ini dipercayai dua orang mangsa terlibat

Pihaknya akan memperincikan mengenai jenis pesawat dan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan.

image is not available
Serpihan pesawat ringan yang dilaporkan terhempas dekat Kapar, Klang. - Gambar JBPM Selangor, 13 Februari, 2024

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 petang dan setibanya di lokasi kejadian berlaku kapal terbang terhempas.

BERITA LANJUT MENYUSUL