Kemaskini Teknologi Grafik PSSR 2.0 Dijangka Tiba Pada PlayStation 5 Pro Tidak Lama Lagi

TechnologyGaming
16 Jan 2026 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi penaiktarafan resolusi permainan PSSR (PlayStation Super Resolution) merupakan cara bagaimana konsol PlayStation 5 Pro boleh memainkan permainan-permainan video pada resolusi dan tetapan yang lebih tinggi.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Sony sedang membangunkan teknologi PSSR 2.0 (PlayStation Spectral Super Resolution) untuk konsol tersebut, dan ia akan sedia untuk dimuat-turun pada penghujung suku pertama 2026. Pengenalan teknologi PSSR 2.0 ini juga bukanlah sesuatu yang baru.

image is not available

Mark Cerny, ketua pereka untuk beberapa konsol Sony PlayStation, termasuklah Sony PlayStation 5 dan PlayStation 5 Pro telahpun mengatakan bahawa PSSR 2.0 akan hadir dengan teknologi menyerupai apa yang diperlihatkan melalui AMD FSR 4.0 pada kad grafik siri AMD Radeon RX 9000 yang baru dilancarkan pada tahun lepas.

Ini termasuklah penggunaan teknologi Super Resolution dan olahan tetapan grafik lebih tinggi menggunakan kebolehan pemprosesan AI yang diperlihatkan dalam cip konsol Sony PlayStation 5 Pro. Ini juga termasuklah penaiktarafan kadar bingkai untuk permainan yang sebelum ini terikat pada kadar segar semula 70-80FPS.

Sayangnya, kemaskini ini nampaknya hanya akan