Kematian akibat denggi di Bangladesh meningkat kepada 155

21 Jul 2023 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DHAKA: Kerajaan Bangladesh mengesahkan sembilan lagi kematian akibat demam denggi, menjadikan jumlah korban di negara itu sejak Januari kepada 155 orang, lapor Xinhua memetik Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DFHS) pada Khamis .

Kematian termasuk 108 kes pada Julai dan 34 lagi pada Jun.

Dalam tempoh 20 hari pertama pada Julai, menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, 19,569 lagi kes denggi direkodkan selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas.

Sejumlah 1,755 kes denggi baharu termasuk 845 di Dhaka dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi (waktu tempatan) Khamis, menurut data DGHS.

Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari mencecah 27,547 kes.

Untuk mengatasi situasi genting itu, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh telah memperkukuh langkah untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan operasi antilarva. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved