Kes anak maut berlumuran darah: Pistol ketua polis Lahad Datu dirampas

17 Apr 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: FMT

PETALING JAYA: Polis merampas pistol semi automatik jenis Walther P99 milik ketua polis Lahad Datu susulan kes kematian anak perempuannya, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Shahurinain Jais, berkata tiada tangkapan dibuat dan siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Sehubungan itu, katanya, kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR) dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada tangkapan setakat ini disebabkan tiada unsur jenayah membabitkan orang lain dalam kes ini,” katanya kepada Berita Harian.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Shahurinain berkata, tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis, namun enggan mendedahkan identiti mereka.

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain, dilaporkan berkata mangsa berusia 14 tahun ditemui kakaknya yang berusia 16 tahun, dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Beliau berkata, ketika kejadian bapanya, Dzulbaharin Ismail berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah susulan dinaikkan pangkat.

Dzulbaharin dilantik sebagai ketua polis Lahad Datu pada 1 April.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.