Kematian Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum Akibat Kecederaan Kepala

14 Apr 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar fail Bernama

IPOH - Polis mengesahkan punca kematian anggota tentera yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat di Hospital Permaisuri Bainun, di sini.

“Hasil bedah siasat dikenal pasti sebagai Koperal Mohamad Nasri Mohd Nasib dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.

“Punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang konsisten dengan jatuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Yusri berkata jenazah telah diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kelmarin, Mohd Yusri berkata polis menemukan satu mayat lelaki oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangan seorang anggota tentera di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 April lepas.

Mayat kemudian dihantar ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved