Sebutan semula kes anggota polis bunuh isteri 12 Mei ini

14 Apr 2023 • 12:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada 5 Mac lalu.

KANGAR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 12 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dituduh membunuh isterinya pada 5 Mac lepas.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail supaya tarikh baharu sebutan semula kes itu ditetapkan kerana pihaknya masih menunggu laporan psikiatrik Mohamad Nizarman Hassim, 27, yang belum siap sepenuhnya.

Pada 17 Mac lepas, Mahkamah Majistret yang sama telah mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri selepas mahkamah membenarkan permohonan Mohd Nordin supaya tertuduh menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad Nizarman dituduh membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara jam 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh dipercayai membunuh isterinya dengan menembak dalam kejadian di dalam sebuah bilik kediaman keluarga mangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved