Kematian Bayi Berusia 19 Bulan Di Kelantan Disebabkan Oleh ‘Severe Dehydration’, Bukan Strok Haba – KKM

29 Apr 2023 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, media melaporkan bahawa terdapat dua kematian kanak-kanak akibat strok haba di Kelantan. Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menjelaskan bahawa hanya satu kematian berlaku akibat strok haba iaitu yang melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, lapor Sinar Harian.

image is not available

Menurut KKM lagi, kematian bayi berusia 19 bulan pula disebabkan oleh ‘severe dehydration with underlying sepsis’ dan ia bukannya akibat strok haba seperti yang dilaporkan media.

Untuk pengetahuan anda, sepsis berlaku apabila sistem pertahanan badan melawan sesuatu jangkitan.

Dalam proses melawan jangkitan itu daripada merebak, ia telah mengakibatkan tisu dan organ badan kita rosak.

Sepsis berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap jangkitan tetapi kegagalan mendapatkan rawatan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, September 12, 2021

 

Apa-apa pun, pastikan anda dan keluarga sentiasa minum air yang mencukupi dan tak perlu keluar rumah jika tidak keperluan untuk mengelakkan daripada bahaya strok haba.

Stay safe semua!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.