Kembali Beraksi Di Kejohanan Dunia, Lee Zii Jia Nekad Tak Mahu Cedera

Entertainment
23 Aug 2025 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, akan kembali menggegar gelanggang badminton dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Adidas Arena, Paris bermula Isnin hingga 31 Ogos ini.

image is not available

Kepulangan Zii Jia ke pentas kompetitif menjadi tumpuan peminat tanah air selepas beliau berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialami sejak Jelajah Dunia Akhir Disember lalu.

Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu beraksi ialah pada Mac lalu ketika menyertai Master Orleans dan All England, sebelum kecederaan memaksanya menarik diri daripada beberapa kejohanan utama termasuk Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Menurut laporan Astro Awani, dalam kejohanan kali ini, Zii Jia tidak meletakkan tekanan berlebihan sebaliknya mahu menamatkan kempen tanpa sebarang masalah kecederaan bagi memastikan perjalanan baki musim berjalan lancar.

Aksi pembukaannya dijadual menentang pemain ranking ke-38 dunia dari Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin.

image is not available

Sebagai rekod, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu kini menghuni tangga ke-52 dunia.

Namun, beliau masih mengekalkan kedudukan melalui perlindungan ranking di tempat kesembilan, sekali gus membolehkannya mendapat slot ke Kejohanan Dunia di Paris yang dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.