Kembali jadi hos, netizen persoal sumber ilmu Ustaz Don lagi?

14 Jun 2024 • 1:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas direhatkan daripada bersiaran di televisyen, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi menjadi bualan susulan kemunculannya dalam satu rancangan dan orang ramai persoal sumber ilmu Ustaz Don.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Muhammad Ooi telah memuat naik satu potongan video yang diambil daripada rancangan Salam Baitullah TV1 yang berlangsung pada Khamis.

Netizen persoal sumber ilmu Ustaz Don

image is not available

Pada potongan video itu, Ustaz Don ditemani dengan seorang lagi pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias bersama dua pengacara lain bagi rancangan.

Pada ruangan kapsyen, Muhammad Ooi jelas-jelas menyatakan dia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan mendakwa Ustaz Don tidak memberikan sumber yang kukuh.

“Don Daniyal buat perangai balik. Mana sumber dia ambil itu?

“Kalau demikian, seolah-olah sahabat nabi yang infaq binatang tunggangan untuk jihad pada zaman itu terlalu kecil nilai berbanding tengok muka tok guru, ikut dakwaan dia,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Muhammad Ooi turut berharap Ustaz Don dilarang untuk menyampaikan ceramah di mana-mana acara kerana beliau tidak mempunyai disiplin.

“Mohon larang terus lah dia dari televisyen. Tiada disiplin menyampaikan ilmu dengan amanah. Ceramah agama jadi macam bahan kartun,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat Muhammad Ooi dan berkata tindakan Ustaz Don itu boleh merosakkan agama.

Apa sumber ilmu Ustaz Don? Merosakkan agama…

image is not available

Sedap cakap, apa sumber ilmu Ustaz Don

image is not available

Tak cukup ke Quran, hadis dan sunnah?

image is not available

Tak serik

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa kasihan mendakwa riak wajah Ustaz Kazim berubah sebaik sahaja Ustaz Don mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ustaz Kazim serba salah

image is not available

Ustaz Kazim nampak tak setuju

image is not available

image is not available

Menerusi tinjauan di X, @Zakuan_isma3el telah memuat naik satu tangkap layar berkenaan rancangan tersebut dan kenyataan Ustaz Don.

image is not available

“Tahniah TV1, tak lama lagi agama kita akan jadi dogengan bila penglipur lara diberi tugas menyampaikan agama,” ujarnya.

Pada ruangan komen di X, ramai warga maya mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Ustaz Don kerana dia seakan-akan tidak serik.

Ambil tindakan kepada dia

image is not available

Kita kena usaha ban dia ni

image is not available

JAKIM tak ambil tindakan ke

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, Ustaz Don telah memuat naik beberapa foto menerusi akaun Instagramnya yang memaparkan sumber rujukan untuk kenyataan di rancangan tersebut.

image is not available

Untuk rekod, Ustaz Don berkata di rancangan itu bahawa ia lebih mulia untuk memandang wajah guru berbanding infaq 1000 haiwan di jalan Allah.

“Dalam satu kitab, berkaitan dengan keberkatan ilmu ia menyebut memandang kepada wajah guru lebih baik daripada mensedekahkan 1000 ekor kuda di jalan Allah.

“Kalau melihat wajah guru sahaja boleh begitu, kalau mengiring guru pula macam mana?” katanya.

Disebabkan kenyataan ini, ramai warga maya yang berasa berang kerana bukan sahaka Ustaz Don tidak memberikan sumber yang sahih namun juga kerana dia dibenarkan untuk terus bersiaran di kaca televisyen.

Sumber: Facebook Muhammad Ooi, X @Zakuan_isma3el, Instagram Ustaz Don