
Seorang pengguna TikTok berasal dari Indonesia baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai apabila dia yang merupakan wanita transgender (lelaki berperwatakan seperti wanita) telah kembali ke fitrah asal untuk menunaikan ibadat umrah sebagai lelaki.
Dikenali sebagai Jessi Rinrada, wanita transgender itu berkongsi pengalamannya menunaikan umrah sebagai lelaki menerusi video TikTok.
@jessjsc Sampai saat ini masih mohon sama Allah di perluas sabar nya, dan di berikan kenyamanan untuk ibadah di rumahNya dengan tenang tanpa di incer askar. Minta doanya ya temen2 buat aku bisa kuat sampai selesai ibadah umrah #madinah #transwomanumrah #masjidnabawi #fyp #foryoupage
Ini kerana dia mempunyai wajah dan suara yang mirip seperti perempuan tulen dan menyebabkan dia berkali-kali ditahan oleh askar-askar Arab Saudi ketika melawat Masjid Nabawi di Madinah.
Ia berikutan askar-askar tersebut mencurigai dirinya apabila dia berjalan dengan jemaah lelaki yang lain dan memakai ihram seperti jemaah lelaki lain sepanjang menunaikan umrah sedangkan wajahnya mirip wanita.
Artikel Berkaitan: “Dia wanita sejak lahir” – Tunang Mengamuk Bila Hos ‘Podcast’ Tanya Tentang Jantina Lucinta Luna
Namun, Jessi mengatakan meskipun begitu, dia tetap ikhlas menunaikan umrah dan tetap berdoa agar ibadahnya itu diterima oleh Allah.
Dia juga tak lupa untuk berdoa agar dipermudahkan urusannya untuk kembali ke fitrah iaitu sebagai seorang lelaki.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut mendoakan agar lelaki ini akan tetap berada dalam fitrahnya yang sebenar.
Sumber: TikTok @jessjsc
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






