Kembali Ke K-Drama Lepas 4 Tahun, Ramai Syok Lihat Kim Seonho Dalam ‘When Life Gives You Tangerines’

EntertainmentLifestyle
22 Mar 2025 • 10:22 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Walaupun muncul dalam filem “The Tyrant” tahun lalu namun ramai yang dah rindu Kim Seon-ho berlakon K-Drama kan?

Rasanya ramai yang terperanjat apabila melihat Kim Seon-ho melakukan kemunculan di dalam drama yang digemari ramai kini iaitu “When Life Gives You Tangerines”.

Umum mengetahui bahawa watak Geum-myeong yang dilakonkan oleh IU sepatutnya berkahwin dengan Young-beom, lakonan Lee Jun-young namun dek ibu lelaki itu yang berterusan merendahkannya, dia memilih untuk tidak meneruskan dengan perkahwinan itu.

Kemudian, dia berkenalan dengan Park Chun-seop (Kim Seon-ho) yang berterusan melayannya dengan baik dan sepertinya lelaki itu ada menaruh hati kepadanya. Malah rata-rata penonton menyokong watak baru itu kerana dia kelihatan lebih layak menjaga Geum-myeong seperti seorang puteri.

Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan kisah percintaan dan kekeluargaan yang berlatarbelakangkan kepulauan Jeju pada tahun 1950-an.

Bagi yang belum menonton, jangan lupa untuk melayan “When Life Gives You Tangerines” di Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.