“Kembali ke sekolah, doakan saya!”- Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 3:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan riak wajah gembira.

“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.

Tunku Azizah

image is not available

image is not available

Rakyat teruja!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA dan mendoakan agar segala urusan baginda dipermudahkan.

image is not available image is not availableimage is not available

Bertuah sipa jadi roommates tuanku!

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu berseloroh menasihati tuanku untuk menyiapkan assignment tepat pada masanya.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk makluman, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UIAM dalam kenyataannya berkata, pelantikan semula Tunku Azizah sebagai Ketua Perlembagaan UIAM berkuatkuasa pada 31 Januari 2024 hingga 30 Januari 2029 untuk tempoh lima tahun.

image is not available

Baru-baru ini juga, baginda berkenan berangkat bercemar duli membuka sidang pertama Majlis Konvokesyen UIAM kali ke-40.

Seramai 5,041 orang graduan menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen yang bermula hari ini sehingga 20 November 2024 sekaligus meraikan pencapaian mereka dalam pelbagai peringkat akademik.

Sumber: TikTok @Tengku Ampuan Pahang