“Back to school” – Tengku Ampuan Pahang Kongsi Gambar Kad Matrik, Teruja Bakal Jadi Mahasiswi

Entertainment
18 Nov 2024 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mencari ilmu tidak mengenal usia, terbaru Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menerusi laman TikTok rasminya berkongsi baginda kembali bergelar mahasiswi.

Dalam hantaran di TikTok itu, Tengku Ampuan Pahang memuat naik beberapa gambar kad matrik atau kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti berkenaan.

image is not available

“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.

Ruangan komen hantaran Tengku Ampuan Pahang itu meriah dengan ucapan semoga berjaya daripada netizen, tidak kurang juga ramai yang berseloroh agar baginda menjadi pelajar yang baik dan jangan telat dalam menghantar assignment.

image is not available

Malah setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan sudah mencecah lebih 100 komen serta lebih 98k tontonan.

Sebagai info, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.

Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber: TikTok, SinarPlus

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.