Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

LocalSales & Promo
28 Aug 2026 • 10:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 tahun pada 31 Ogos depan.

MR D.I.Y Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran Bersama Bazaar 2026, Johor Jadi Lokasi Pertama Di Luar Kawasan Lembah Klang

MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.) juga tidak ketinggalan menyambut Hari Kemerdekaan dengan gaya mereka sendiri.

Buat kali ketiga berturut-turut, MR D.I.Y. sekali lagi pada tahun ini membawakan semula acara sambutan Hari Kebangsaan utama mereka iaitu Bersama Satu Bazaar.

Menariknya, penganjuran Bersama Satu Bazaar kali ini turut diperluaskan ke luar kawasan Lembah Klang dengan Johor menjadi lokasi baharu buat julung kalinya.

Perluasan ini dibuat susulan kejayaan penganjurannya pada tahun 2024 dan 2025.

Lembah Klang Pada 28 – 31 Ogos & Johor Pada 11 – 13 September

Bersama Satu Bazaar di Lembah Klang akan diadakan di Sunway Pyramid Open Car Park dari 28 hingga 31 Ogos 2026.

Manakala di Johor pula akan diadakan di Angsana Johor Bahru Mall pada 11 hingga 13 September depan.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Bersama Satu Bazaar Bukan Sekadar Meraikan Hari Kebangsaan Tetapi Pupuk Semangat Kemasyarakatan

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh, Bersama Satu Bazaar bukan sekadar menyambut Hari Kebangsaan malah ia memupuk semangat kemasyarakatan.

“Semangat kemasyarakatan merupakan salah satu nilai yang kami pupuk dalam semua perkara yang kami lakukan, bukan sekadar dalam cara kami menyambut sesuatu perayaan

“Penganjuran Bersama Satu Bazaar di Johor buat kali pertama membolehkan kami berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama lebih ramai rakyat Malaysia.

“Ia juga memberi kami peluang untuk menyokong peniaga tempatan, mewujudkan pengalaman bermakna bagi keluarga dan membawa semangat Hari Kebangsaan lebih dekat dengan komuniti yang kami santuni,” katanya.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

100 Gerai Makanan Tempatan & Pertunjukan Bunga Api Meriahkan Bersama Satu Bazaar

Bersama Satu Bazaar pada kali ini menampilkan 100 gerai makanan serta barangan hidup gaya tempatan.

Dari hidangan popular Malaysia serta juadah kegemaran ramai sehinggalah jenama gaya hidup tempatan, semuanya ada di bazaar ini!

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Malah, pengunjung juga berpeluang membeli-belah khususnya keperluan harian rumah dan menikmati pelabagai pilihan snek serta minuman ringan jenama tempatan.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang merasai pengalaman interaktif mesra keluarga menerusi zon aktiviti khas atau menyertai bengkel STEM Discovery yang dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., atau meluangkan masa di petting zoo.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, sambutan Hari Kemerdekaan di Bersama Satu Bazaar bakal menjadi lebih meriah dengan acara kira detik khas serta pertunjukan bunga api pada malam 30 Ogos nanti.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Ahli MR D.I.Y. Club Nikmati Keistimewaan Eksklusif Di Bersama Satu Bazaar

Pengunjung yang merupakan Ahli MR D.I.Y. Club berpeluang menikmati keisitimewaan eksklusif sepanjang bazaar berlangsung.

Ahli yang mempunyai dua bag dalam akaun aplikasi MR D.I.Y. Club mereka akan menerima baucar yang membolehkan mereka masuk ke VIP Member Lounge.

Buat pengunjung yang belum mendaftar sebagai ahli, anda hanya perlu memuat turun aplikasi MR.DIY Club di tapak acara dan berbelanja minimum RM40.

Image from: Kembali Lagi Buat Tahun Ketiga! MR.DIY Rai Hari Kebangsaan Dengan Penganjuran ‘Bersama Satu Bazaar 2026’

Ini sekaligus membolehkan anda mengumpul dua beg dan masuk ke VIP Member Lounge.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bersama Satu Bazaar, anda boleh layari laman web MR D.I.Y. Malaysia atau di Facebook, Instagram dan TikTok.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved