MR D.I.Y. bawa Bersama Satu Bazaar ke Johor buat kali pertama

LocalSales & Promo
28 Aug 2026 • 6:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MR D.I.Y. bawa Bersama Satu Bazaar ke Johor buat kali pertama

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.) terus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan membawakan semula acara utamanya, Bersama Satu Bazaar 2026 bagi tahun ketiga berturut-turut.

Selepas kejayaan penganjuran pada 2024 dan 2025, peruncit perkakas rumah terkemuka itu kini memperluaskan acara berkenaan ke luar Lembah Klang dengan Johor menjadi lokasi baharu buat kali pertama.

Bersama Satu Bazaar 2026 berlangsung di Sunway Pyramid Open Car Park bermula hari ini hingga 31 Ogos, sebelum diteruskan di Angsana Johor Bahru Mall pada 11 hingga 13 September depan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, semangat kemasyarakatan merupakan antara nilai yang sentiasa diterapkan syarikat itu termasuk dalam meraikan sesuatu perayaan.

“Penganjuran Bersama Satu Bazaar di Johor buat kali pertama membolehkan kami berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama lebih ramai rakyat Malaysia.

“Ia juga memberi peluang kepada kami untuk menyokong peniaga tempatan, mewujudkan pengalaman bermakna buat keluarga dan membawa semangat Hari Kebangsaan lebih dekat dengan komuniti yang kami santuni,” katanya.

Menurutnya, antara tarikan utama ialah Jalan Viral yang menghimpunkan 100 gerai makanan dan barangan gaya hidup tempatan, sekali gus menyediakan platform kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung.

Selain itu, MR D.I.Y. menyediakan Jalan DIY untuk pengunjung mendapatkan barangan keperluan harian, snek dan minuman, manakala Jalan Fun menawarkan pelbagai permainan interaktif.

Kanak-kanak dan golongan muda juga boleh menyertai bengkel STEM Discovery anjuran Yayasan MR D.I.Y. selain mengunjungi petting zoo yang disediakan.
Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, lokasi Lembah Klang turut menampilkan persembahan kebudayaan, acara kira detik Merdeka serta pertunjukan bunga api pada malam 30 Ogos.

Ahli MR.DIY Club pula berpeluang menikmati beberapa keistimewaan termasuk akses ke VIP Member Lounge serta menebus barangan edisi terhad Bersama Satu Bazaar menerusi misi khas dalam aplikasi.

MR D.I.Y. yang mempunyai rangkaian melebihi 1,500 cawangan di seluruh negara menerusi tiga jenama utamanya iaitu MR D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY turut menawarkan lebih 19,000 unit penyimpanan stok (SKU) dalam pelbagai kategori.

Bersama Satu Bazaar 2026 telah dianjurkan dengan kerjasama Visa. – KOSMO! ONLINE

The post MR D.I.Y. bawa Bersama Satu Bazaar ke Johor buat kali pertama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved