Kembali Sarung Jersi Merah Kuning Selepas 20 Tahun, Hairul Azreen Dipilih ‘Join’ Pasukan Selangor Red Giants Esports - “Selepas Saya Berhenti…”

24 Oct 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan, kini Hairul Azreeen dipilih sebagai pemain profesional pasukan Selangor Red Giants Esports.

Syukur atas pemilihan

Berazam mahu melakukan yang terbaik, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 36, bersyukur di atas pemilihan tersebut.

 

“Alhamdulillah, selepas saya berhenti berlakon, sekarang saya dipilih menjadi pro player (pemain profesional) pasukan team merah kuning iaitu Selangor Red Giants Esports.

 

“Saya sebagai mid lane player, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti,” kongsi Hairul menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.

 

 

Ibarat sirih pulang ke gagang, Hairul berkata, dia meluahkan rasa gembira apabila dapat kembali menyarung jersi pasukan Selangor selepas 20 tahun.

 

Difahamkan, Hairul sebelum ini pernah mewakili Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi acara Taekwando pada 2004.

 

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun rasmi Selangor Red Giants Esports turut berkongsi berita itu buat peminat sukan tersebut.

 

Sekadar info, Selangor Red Giants Esports berjaya menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 pada Julali lalu.

@hairul_azreen88 Alhamdulillah selepas saya berhenti belakon now sy di pilih utk menjadi pro player team gergasi Merah Kuning @Selangor Red Giants Esports ♬ The Champion - The Score