Kembali ‘solo’, ramai jejaka cuba nasib mengurat Nora Danish

Entertainment
21 Jun 2024 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nora Danish

Umum sedia maklum, pelakon popular, Nora Danish sudah kembali ‘solo’ selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Nedim Sujak pada 19 Jun lalu.

Susulan itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 42 tahun itu di laman TikToknya, kelihatan ramai jejaka mencuba nasib di ruangan komen untuk berkenalan dengan pelakon tersebut telah berjaya tarik perhatian warganet.

Nora Danish

@noradanishhanif

My forever gf @Inayah Beauty Trading #gattox

♬ original sound – Danish Hanif

Ramai lelaki mencuba nasib!

Dalam perkongsian tersebut, ramai lelaki daripada pelbagai peringkat usia memperkenalkan diri mereka sambil mendedahkan bakat yang dimiliki demi mendambat hati Nora Danish. Secara tidak langsung, gurauan netizen tersebut telah membuatkan ramai terhibur.

Nora Danish

image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Sejak kebelakangan, kecoh di media sosial apabila aktres Nora Danish dan Nedim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Bukan itu sahaja, Nora turut menyangkal dakwaan punca perpisahan dengan bekas suaminya mempunyai kaitan dengan masalah kewangan.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @Nora Danish