
TAWAU: Rakyat negeri perlu mengembalikan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah jika mahu melihat negeri ini maju seperti Sarawak, kata Penolong Ketua Penerangan Umno Sabah, Samasuddin Yusop).
Bagaimanapun, menurutnya, negeri ini tidak perlu mengikut jejak Sarawak untuk mewujudkan parti tempatan, sebaliknya hanya perlu mengembalikan kepimpinan BN Sabah yang sudah terbukti berpengalaman dalam mentadbir-urus negeri dengan baik.
Advertisement“Sabah memerlukan kestabilan dan hala tuju yang jelas dan bukannya percaturan politik yang tidak menentu seperti yang berlaku hari ini,”katanya yang juga Pengerusi Majlis Penerangan dan Media Baharu Umno Sabah dalam kenyataan, pada Isnin.
Menurutnya, pembangunan di Sarawak sering dijadikan model atau contoh dengan tanggapan bahawa kejayaan itu adalah daripada pentadbiran parti tempatan iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Namun, katanya, fahaman itu kurang tepat dan wajar diperjelaskan kerana hakikatnya, kemajuan Sarawak bukanlah hasil perjuangan parti tempatan semata-mata tetapi kesinambungan kepimpinan yang stabil dan kecekapan dalam merancang pembangunan sejak mereka berada dalam BN.
“Sarawak menerima manfaat daripada dasar pembangunan BN yang kukuh sejak dahulu lagi, dan kepimpinan negeri yang konsisten memastikan dasar itu dapat diteruskan tanpa gangguan,” katanya.
AdvertisementSamasuddin berkata, Umno Sabah komited dalam memperjuangkan hak rakyat dan memastikan pembangunan negeri ini tidak lagi terbantut akibat ketidakstabilan politik.
“Dengan pengalaman luas menguruskan pembangunan negara dan rekod pencapaian yang terbukti, Umno dan BN Sabah bersedia menggalas tanggungjawab membawa Sabah kembali ke landasan pembangunan yang betul demi masa depan,” katanya.
AdvertisementMenurutnya, ketidaktentuan politik dan perubahan kerajaan yang kerap berlaku sejak 2018 menyebabkan pembangunan negeri ini menjadi perlahan dan projek-projek utama tertangguh.
Katanya, kegagalan menguruskan pembangunan infrastruktur seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo, bekalan air bersih, dan pembangunan luar bandar adalah contoh jelas bagaimana kepimpinan tidak stabil memberi kesan buruk kepada rakyat Sabah.
Berbeza semasa BN memerintah, beliau berkata, banyak projek jalan raya, jambatan, dan bekalan elektrik luar bandar berjaya dilaksanakan, termasuk perancangan rapi Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Malah, menurutnya, Umno dan BN berjaya menarik banyak pelaburan ke negeri ini dalam sektor minyak dan gas, perladangan, dan pelancongan serta menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di Malaysia.
“BN juga melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), bantuan kepada pekebun kecil, serta pembangunan sekolah dan hospital luar bandar dengan lebih sistematik,” katanya.



