Kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap kerja sekolah pun ibu bapa merentan, siap ugut SISPAA – Amin Idris

LocalFamily & Parenting
6 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris menegur sikap segelintir ibu bapa yang didakwa terlalu mempertahankan anak masing-masing apabila berdepan isu salah laku termasuk kes buli di sekolah.

Menerusi perkongsian di Threads, Amin berkata, pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting dalam membentuk tingkah laku anak, selain peranan yang dimainkan pihak sekolah serta kerajaan.

Menurutnya, terdapat situasi apabila ibu bapa dipanggil pihak sekolah selepas anak melakukan kesalahan, namun ada yang tidak hadir atau sebaliknya bersikap defensif terhadap tindakan anak mereka.

Amin turut mempersoalkan sikap sesetengah ibu bapa yang mahu pendekatan disiplin lebih tegas dikembalikan, namun pada masa sama sukar menerima teguran guru terhadap anak.

“Ya, sekolah kena jadi tempat selamat. Ya, menteri pun ada peranan. Tapi ibu bapa?” katanya.

Image from: Kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap kerja sekolah pun ibu bapa merentan, siap ugut SISPAA – Amin Idris

Dalam pada itu, Amin berpandangan aspek tanggungjawab ibu bapa juga perlu diberi perhatian apabila berlaku kes membabitkan individu bawah umur.

Menurutnya, meskipun tindakan terhadap pesalah bawah umur tertakluk kepada peruntukan dan proses undang-undang berkaitan, peranan serta tanggungjawab ibu bapa tidak seharusnya diketepikan.

Image from: Kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap kerja sekolah pun ibu bapa merentan, siap ugut SISPAA – Amin Idris

Amin turut berkongsi pengalaman peribadi apabila anaknya pernah berdepan buli mental ketika berada di sekolah rendah.

Katanya, dia pernah menghubungi ibu kepada pelajar yang didakwa membuli anaknya, namun mendakwa individu berkenaan tidak memberikan respons sewajarnya. Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit kemudiannya tampil memberikan maklum balas.

“Memang wujud ibu bapa yang samada defensif ataupun ‘denial’ bila anak-anak buat salah dan didapati membuli kawan-kawan,” katanya.

Image from: Kembalikan rotan? Guru tegur anak tak siap kerja sekolah pun ibu bapa merentan, siap ugut SISPAA – Amin Idris

Perkongsian Amin itu menekankan pentingnya kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam menangani salah laku pelajar, khususnya bagi memastikan isu buli dapat ditangani secara menyeluruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved