Ramai ‘menangis’ lihat kertas bahasa Inggeris matriks 4

6 Oct 2026 • 4:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ramai ‘menangis’ lihat kertas bahasa Inggeris matriks 4

PETALING JAYA – Sebahagian guru dan ibu bapa ‘menangis’ apabila mendapati format ujian sebenar matriks 4 bagi kertas bahasa Inggeris hari ini berbeza dengan latihan dan latih tubi sekali gus bimbang akan menjejaskan keputusan murid serta anak mereka.

Difahamkan, format matriks 4 yang sebelum ini dikatakan berbeza daripada format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ternyata sama apabila soalan yang diberikan didapati mengikut format serupa.

Ia sekali gus mengundang kekecewaan apabila guru dan murid dikatakan sudah membuat persediaan berdasarkan format dan garis panduan yang diberikan sebelum ujian.

Luahan seorang guru di media sosial dia kecewa kerana murid sudah bersungguh-sungguh membuat latihan mengikut format yang dimaklumkan.

“Kenapa, lain sungguh dari penataran, awal-awal kata format lain, sekarang bila tengok soalan, sangat lain,” katanya.

Seorang lagi guru turut berkongsi rasa kecewa apabila sebelum ini sudah melatih murid berdasarkan format UASA dan garis panduan yang diberikan.

“Betul. Sebelum ini sudah latih ikut format UASA. Ikut guideline. Eh, balik pula macam UASA,” katanya.

Reaksi berkenaan turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pendidik mengenai keselarasan garis panduan dengan bentuk soalan dalam kertas peperiksaan yang sebenar. – KOSMO! ONLINE

The post Ramai ‘menangis’ lihat kertas bahasa Inggeris matriks 4 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved