
Kota Kinabalu: Program Kembara Ilmu dan Doa Rakyat Sabah Untuk Palestin menutup tirainya pada Isnin melalui satu majlis disempurnakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.
Pengijazahan 40 Hadis Akhir Zaman oleh Tokoh Ulama Dunia dari Syria, As-Sayyid Sheikh Abdul Shabour Al-Kayyali Ar-Rifa;ie Al Husaini turut diadakan di majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya, di sini, Isnin.
Ruslan berkata, program selama dua minggu bermula 11 Mei lalu itu telah menjelajah ke 11 daerah membabitkan 25 masjid bagi memberi manfaat khususnya ilmu syariat kepada masyarakat setempat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, antara daerah terlibat termasuk Tuaran, Sepanggar, Putatan, Membakut, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Sook, Tambunan, Penampang dan Kota Kinabalu.
“Ini adalah program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Pejabat Mufti Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Baitulmal Sabah dan Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (Pisa).
“Objektif program ini bukan saja bagi membawa mesej sokongan kita terhadap Palestin tetapi juga untuk memberi manfaat kepada masyarakat menerusi perkongsian ilmu dari Tokoh Ilmuwan Islam Dunia,” katanya.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jheains, Ag Juri Ag Tahir.
Ruslan berkata, Kembara Ilmu kali ini lebih bererti dengan kehadiran Sheikh Abdul Shabour yang merupakan Ahlul Bait dari jalur Sayidina Hussin, cucu kepada Rasulullah SAW.
Katanya, kehadiran beliau selain memberi manfaat kepada masyarakat Islam setempat, ia juga memberi impak keilmuan khususnya kepada para pencinta ilmu yang menantikan perkongsian daripada beliau.
“Kehadiran As-Sayyid Sheikh Abdul Shabour sudah tentu dinantikan para pencinta ilmu Islam yang tidak ingin lepaskan peluang mendapatkan ilmu daripada Tokoh Ilmuwan Islam Dunia ini.
“Pada masa sama, memupuk kesedaran lebih mendalam kepada masyarakat Islam terhadap perjuangan Palestin termasuk manfaat hasil perkongsian ilmu daripada beliau,” katanya.
