Kembara Mahkota Johor 2023 Buka Tirai Sabtu Ini

31 Jul 2023 • 11:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kembara Mahkota Johor 2023 Buka Tirai Sabtu Ini

JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) — Selepas tiga tahun tidak diadakan susulan pandemik COVID-19, Kembara Mahkota Johor (KMJ) kembali membuka tirainya Sabtu ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal menyaksikan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

“Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos ini, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan perjalanan hampir 800 kilometer.

“Ikutilah perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor,” menurut hantaran itu.

Pada edisi lepas, Sultan Johor telah menunggang motosikal berkuasa tinggi ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’ dan bertemu rakyat Johor di sepanjang perjalanan menjelajahi 10 daerah di negeri ini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved