Kembara Mahkota Johor 2023 kembali temui rakyat

31 Jul 2023 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan.

JOHOR BAHRU - Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini.

Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan.

KMJ 2023 bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer.

Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved