
Pekan, 5 April – Bulan Ramadan adalah bulan yang mana setiap amalan yang dikerjakan oleh umat Islam akan dilipat gandakan dengan pahala dan kebaikkan. Ia juga adalah bulan yang dinantikan dengan hidangan yang menyelerakan yang jarang di dapati pada bulan yang lain yang menengengahkan pilihan masakan tradisi dari beberapa negeri di Malaysia.
Bulan puasa atau lebih dikenali sebagai bulan Ramadhan jatuh pada bulan Mac tahun ini. Pada bulan yang dinanti dan diraikan oleh umat Islam, kami ingin membawa anda mengembara melalui pelbagai juadah tradisi dengan “Kembara Tradisi Desa”, yang menampilkan masakan makanan tempatan yang terbaik dan menyelerakan.
Melalui kembara masakan tradisi ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan yang menjadi tarikan masyarakt setempat yang gemarkan pilihan juadahan yang menyelerakan bersama keluarga dan sahabat handai.
Kembara melalui pengalaman kulinari tradisional bersama Chef Eksekutif Mohd Badrul Hisyam, dengan dua hidangan utama kami untuk malam Itik Salai Masak Lemak Cili Padi Rembau dan Kambing Golek (dihidangkan bersama Nasi Pakistan). Itik Salai Masak Lemak diperbuat daripada itik salai yang dimasak dalam santan dengan rempah ratus yang memberikan hidangan rasa berkrim, pedas yang tersendiri dan itik yang di salai pula memberikan rasa aromatik pada hidangan tersebut.
Kambing Golek ialah hidangan tempatan popular yang diperbuat daripada daging kambing panggang yang dihidangkan bersama Nasi Pakistan dan sos khas tersendiri.
Untuk juadah pemanis pada hari itu, ‘Puding Raja’ ikonik dari Pekan, Pahang akan menjadi sorotan utama antara pilihan pencuci mulut yang disajikan. Puding Raja diperbuat daripada pisang goreng yang disira bersama vanila kastard dan daun pandan serta ditaburi kacang tanah, badam, prun dan ceri untuk memberikan rasa yang tersendiri.
Sejarah Puding Raja berasal dari pencuci mulut yang dihidangkan secara eksklusif untuk pihak istana dan sejak dari itu ia menjadi pencuci mulut ikonik bagi negeri Pahang.
Selain daripada menu utama kami, terdapat juga pelbagai pilihan makanan tempatan termasuk Daging Kunyit Simpang Renggam, Ikan Merah Assam Pedas Kg Morten, Sotong Bakar Portugis, Tauhu Tempe, pastri dan pencuci mulut tempatan serta pilihan minuman yang menyegarkan.
Kembara Tradisi Desa berharga RM 98 bersih (Dewasa) dan RM 68 bersih (Kanak-kanak & Warga Emas) manakala baucar ‘early bird’ ialah RM 78 bersih (pembelian sebelum 15 Mac 2023)
Pakej Bilik Ramadan kami pula disediakan pada harga RM 278 bersih seorang (bilik perseorangan) dan RM 178 bersih setiap seorang (bilik berkembar). Pakej ini termasuk ‘Sahur’ dan Makan Malam Bufet Berbuka Puasa untuk 1 orang.
Kongsikan kasih sayang anda di bulan pemberian dengan ‘Amal Ramadan’, masa istimewa di mana anda boleh menyumbang RM 680 bersih setiap meja untuk rumah anak yatim untuk merasai bufet Ramadan kami (10 orang setiap meja), dan AnCasa akan membantu menguruskan anak-anak yatim yang akan hadir.
Kembara Tradisi Desa
Harga : RM 98 bersih (Dewasa) RM 68 bersih (Kanak-kanak & Warga Emas)
Promo Bilik Ramadhan
Tarikh : 23 Mac – 21 April 2023
Harga :
RM 278 bersih setiap bilik / setiap malam (bilik perseorangan)
RM 178 bersih setiap bilik / setiap malam (bilik berkembar)
*Termasuk ‘Sahur’ dan Bufet Ramadan
Hubungi kami di talian +6018-916 1462 untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh menghubungi kami di ar.reservation@ancasahotels.com.
AnCasa Royale Pekan, Pahang
2670, Jalan Pekan-Kuantan
26600 Pekan, Pahang
The post Kembara Tradisi Desa Di Ancasa Royale Pekan, Pahang appeared first on Siakap Keli.



