Kemenangan K.O.I martabatkan lagi genre hip hop – Yonnyboii

LocalMusic
23 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemenangan K.O.I martabatkan lagi genre hip hop – Yonnyboii

PETALING JAYA – Kejayaan K.O.I merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-40 (AJL40) membuktikan pengaruh rap dan hip hop masih ampuh dalam arus perdana industri muzik tempatan.

Komposer juga penyanyi rap, Yonnyboii atau nama lengkapnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, berkata kemenangan kumpulan itu menerusi lagu Tiwikarma juga memartabatkan lagi genre terbabit.

“Saya sangat bangga mereka dapat menampilkan satu persembahan hip hop yang paling besar di pentas pertandingan gah di Malaysia.

“Sebagai penonton, saya kagum dengan persembahan mereka dan keseluruhan lagu itu, sekali gus kemenangan Tiwikarma menjadi penguat semangat buat pejuang irama ini.

“Dengan kemenangan ini saya harap selepas ini bakal menyusul lebih banyak karya daripada penyanyi atau kumpulan hip hop di pentas berprestij itu,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran single Syasya Rizal berjudul Different, baru-baru ini.

Pada masa sama, Yonnyboii yang genap sedekad di arena hiburan mengakui teruja melihat perkembangan sihat genre hip hop yang dilihat semakin diperakui serta diiktiraf dalam arena muzik tempatan.

Katanya, kehadiran beberapa penggiat berbakat besar dalam gelanggang sama termasuk duo, Kimi Kimo dan Luca Sickta pada edisi kali ini turut membuktikan genre tersebut semakin diterima.

“Tahniah kepada ‘adik-beradik saya’, Kimi Kimo dan Luca Sickta kerana mereka yang juga kawan karib saya sudah buat aksi terbaik pada malam itu.

“Saya fikir dalam tempoh tiga atau empat tahun ini, AJL memang akan menampilkan lebih banyak aksi hip hop serta saya percaya trend ini terus berkembang,” katanya.

Pada malam kemuncak AJL40, K.O.I yang dibarisi Achoi Floor 88, Achoi, Mya Nana, Khaza Raflex, Tuan Nicky dan Hemo Globin membawa pulang trofi utama dan wang tunai sebanyak RM100,000. – KOSMO! ONLINE

The post Kemenangan K.O.I martabatkan lagi genre hip hop – Yonnyboii appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved