Kementerian Digital Bangunkan MyIKD Bagi Mengurangkan Jurang Teknologi

LocalTechnology
26 Jan 2026 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) atau Digital Inclusivity Index Malaysia (DIIM) sebagai usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital di seluruh negara. MyIKD adalah sebuah pangkalan data berpusat yang bertujuan mengukur jurang digital dalam masyarakat Malaysia.

image is not available

MyIKD membolehkan kerajaan memantau jurang digital secara berterusan dalam kalangan masyarakat dengan ia akan diukur secara khusus. Hasil kajian akan dimanfaatkan bagi membantu kerajaan merangka intervensi lebih bersasar.

Jurang digital di Malaysia mula mendapat perhatian ramai semasa pandemik apabila pelajar luar bandar menghadapi masalah mengikuti kelas dan kuliah atas talian kerana sambungan internet yang lemah. Tular kes pelajar terpaksa duduk di atas pokok dan telefon digantung pada hujung galah semata-mata untuk mendapatkan sambungan internet lebih stabil.