Kementerian Haji Indonesia Minta Jemaah Umrah Elak Transit Di Malaysia Dan Singapura, Ini Sebabnya

27 Oct 2026 • 8:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kementerian Haji Indonesia Minta Jemaah Umrah Elak Transit Di Malaysia Dan Singapura, Ini Sebabnya

Bagi jemaah yang merancang perjalanan untuk menunaikan umrah, pemilihan laluan penerbangan merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian, khususnya ketika situasi di Timur Tengah menjadi tumpuan.

Terbaharu, Wakil Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak menyarankan jemaah umrah dari negara itu supaya mengelakkan penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura buat sementara waktu.

Sebaliknya, kerajaan Indonesia menggalakkan penggunaan penerbangan terus ke Arab Saudi, khususnya ke Jeddah atau Madinah, atas faktor keselamatan perjalanan.

Menurut Dahnil, pihaknya telah meminta persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) supaya mengutamakan penerbangan terus ketika menguruskan perjalanan jemaah.

“Kami sebagai pihak yang menguruskan haji dan umrah mengimbau jemaah memilih syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus, bukan penerbangan transit. Lebih selamat jika terus ke Jeddah atau Madinah. Jadi, kami menyarankan pilihan itu,” katanya seperti dipetik daripada laporan media Indonesia pada Selasa.

Beliau berkata, saranan itu turut disampaikan kepada persatuan pengendali perjalanan umrah supaya mengambil kira perkembangan situasi semasa ketika merancang perjalanan jemaah.

Bagaimanapun, Dahnil menjelaskan keadaan di Arab Saudi masih kondusif untuk pelaksanaan ibadah umrah setakat kenyataan tersebut dikeluarkan.

Menurutnya, kerajaan Indonesia juga terus berkomunikasi dengan Kementerian Luar Negeri bagi memantau perkembangan situasi di Timur Tengah.

Beliau berkata, aktiviti ibadah umrah di Arab Saudi masih berjalan seperti biasa ketika itu.

Baca juga:

Saranan berkenaan menunjukkan bahawa pemilihan laluan penerbangan turut menjadi pertimbangan dalam perancangan perjalanan jemaah, terutama ketika berdepan perkembangan keselamatan serantau.

Bagi jemaah yang bakal berangkat, sebarang perubahan jadual atau laluan penerbangan wajar disemak terus dengan syarikat penerbangan dan pengendali umrah masing masing bagi mendapatkan maklumat terkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved