
JAKARTA – Timbalan Menteri Haji Dahnil Anzar Simanjuntak menggesa jemaah umrah Indonesia supaya tidak menggunakan syarikat penerbangan yang melakukan transit di Singapura dan Malaysia, lapor laman berita Sindo News semalam
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kerjasama dalam menganjurkan ibadah umrah.
Kerajaan, katanya, mahu memastikan jemaah Indonesia dapat menjalankan ibadah dengan selamat dan pulang ke tanah air dengan selamat.
“Kami juga berterima kasih kepada kerajaan kerajaan Arab Saudi. Kami ingin memastikan jemaah yang berlepas pulang berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pengukuhan kedaulatan ekonomi, seperti yang ditekankan oleh Presiden Prabowo Subianto, juga perlu dilaksanakan dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah.
Menggunakan penerbangan terus dengan syarikat penerbangan nasional adalah satu langkah untuk mengekalkan keselamatan perjalanan di samping mengukuhkan industri tempatan.
“Presiden Prabowo mahukan kedaulatan ekonomi, manakala ini terpakai untuk umrah dan haji juga. Penerbangan terus adalah selamat dari sudut penerbangan dan mengukuhkan kedaulatan ekonomi,” ujar Dahnil.
Kementerian Haji terus menggalakkan koordinasi dengan persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah PPIU, syarikat penerbangan, dan pengendali lapangan terbang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan pelaksanaan umrah yang selamat serta memberikan manfaat kepada jemaah dan ekonomi negara. – AGENSI
The post Kementerian haji minta jemaah umrah Indonesia tidak transit di Malaysia appeared first on Kosmo Online.


