Kerajaan Indonesia menggesa jemaah umrah dari negara itu supaya mengelakkan penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura buat sementara waktu, sebaliknya mengutamakan penerbangan terus ke Arab Saudi.
Saranan tersebut dibuat oleh Kementerian Haji dan Umrah Indonesia sebagai usaha meningkatkan keselamatan perjalanan jemaah, selain memperkukuh industri penerbangan serta ekonomi negara berkenaan.
Advertisement“Kami sebagai pihak yang mengelola haji dan umrah mengimbau jemaah memilih maskapai direct, bukan penerbangan transit. Lebih aman bisa direct ke Jeddah atau Madinah. Jadi kami sarankan itu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa saranan berkenaan telah disampaikan kepada pengendali perjalanan umrah di Indonesia.
Bagaimanapun, langkah itu merupakan saranan dan bukannya larangan rasmi terhadap penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura.
Kira-Kira 70,000 Jemaah Umrah Indonesia Transit Di Malaysia dan Singapura
Menurut Dahnil, kira-kira 70,000 jemaah umrah Indonesia menggunakan laluan transit melalui Malaysia dan Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.
Jumlah tersebut dilihat berpotensi membantu ekonomi negara sekiranya lebih ramai jemaah menggunakan perkhidmatan penerbangan tempatan.
“Jadi sementara ini untuk memastikan ekosistem ekonomi kita itu bisa berjalan dengan baik memperkuat penerbangan nasional kita,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa Garuda Indonesia dan Lion Air meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menawarkan harga tiket yang lebih kompetitif.
Arab Saudi Dilaporkan Masih Selamat Untuk Jemaah Umrah
Dalam perkembangan berkaitan, Dahnil memaklumkan bahawa perjalanan ibadah umrah di Arab Saudi masih berlangsung seperti biasa meskipun terdapat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
“Terkait kondisi eskalasi Timur Tengah, Saudi baik-baik saja dalam konteks peribadatan umrah. Kemenlu juga sama, baik-baik saja. Sampai detik ini kegiatan umrah berjalan sebagaimana mestinya,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa pihak kementerian terus bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Indonesia bagi memantau perkembangan keselamatan semasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Disembur Pemadam Api Ketika Tidur, Dilayan Seperti Binatang" - Lelaki Kongsi Pengalaman Bekerja Di Korea
The post Kementerian Haji Indonesia Saran Jemaah Umrah Elak Transit Di Malaysia Dan Singapura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![“Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jemaah-umrah-indonesia-digesa-amik-flight-direct.jpg?t=1793174899)