Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kerajaan Indonesia menggesa jemaah umrah dari negara itu supaya tidak lagi menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan mereka melakukan transit di Malaysia dan Singapura.
Menurut Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak, jemaah disarankan memilih penerbangan terus (direct flight) di bawah syarikat penerbangan nasional dipercayai merujuk kepada Garuda Indonesia, Lion Air dan Angkasa Pura.
Jelasnya, ini bagi mengukuhkan ekonomi tempatan selain memastikan keselamatan perjalanan setiap jemaah.
”Presiden Prabowo Subianto mahukan kedaulatan ekonomi. Perkara ini turut terpakai untuk pelaksanaan ibadah umrah dan haji.
”Penerbangan terus adalah lebih selamat dari sudut penerbangan selain dapat mengukuhkan kedaulatan ekonomi negara,” katanya dipetik Berita Harian.
70,000 Jemaah Umrah Indonesia Transit Di Malaysia & Singapura
Menurut Dahnil, kira-kira 70,000 jemaah umrah dari Indonesia menggunakan penerbangan transit melalui Malaysia dan Singapura.
Jumlah itu dilihat sebagai satu peluang untuk memperkukuh industri penerbangan negara sekiranya perjalanan jemaah terbabit dapat dialihkan kepada penggunaan syarikat penerbangan Indonesia.
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jemaah-umrah-indonesia-digesa-amik-flight-direct.jpg)
Menurutnya, kerajaan Indonesia komited memastikan setiap jemaah dapat menunaikan ibadah dengan lancar dan kembali ke tanah air dengan selamat.
Berbicara tentang kualiti perkhidmatan, Kementerian Haji Indonesia akan terus menyelaraskan kerjasama antara persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU), syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang bagi memastikan urusan jemaah berjalan lancar.
Ia sekaligus bagi mengoptimumkan ekonomi negara tersebut.
View this post on Instagram
Tonton video [DI SINI].
Transit Dari Malaysia & Singapura Lagi Murah Untuk Sampai Ke Jeddah – Netizen Indo
Bagaimanapun, gesaan ini dilihat tidak dipersetujui ramai netizen Indo. Menerusi ruangan komen di Instagram Sindo News, sesetengah individu berkata mereka lebih memilih perjalanan transit kerana harga penerbangan yang lebih murah.
“Ikut suka kami la, duit kami,” kata seorang lelaki.
“Kami orang Sumatera tolak gesaan ini. Korang (kementerian Indonesia) nak apa? Lebih murah kalau transit. Kadang-kadang dari Jakarta ke Medan atau Jakarta ke Aceh lebih murah kalau transit di Kuala Lumpur.
“Medan ke Jeddah pun lebih murah kalau naik dari Singapura. Ni wang kita, tak kan kerajaan nak atur?” soal seorang pengguna IG.
“Kalau macam tu sediakan la tiket penerbangan (terus) yang murah,” ujar seorang warganet.
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-indo-1024x651.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-indo-2-1024x577.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-indo-3-1024x326.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-indo-4-1024x749.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/transit-malaysia-singapura-1024x917.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/transit-malaysia-singapura-2-1024x757.jpeg)
Reaksi Netizen Berhubung Gesaan Henti Transit Di Malaysia & Singapura
Pengumuman Dahnil ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen Malaysia di laman Threads. Perkara itu turut dihebahkan pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal.
“Indonesia dah gesa rakyatnya jangan guna syarikat penerbangan yang buat transit kat Malaysia dan Singapura.
“Katanya untuk memastikan keselamatan perjalanan dan kedaulatan ekonomi dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah,” katanya.
View on Threads
View on Threads
Sebab Tegur Pasal Jerebu Je? – Netizen
Segelintir netizen percaya perkara ini berkaitan dengan isu jerebu yang berlaku sejak belakangan ini.
“Hanya kerana ditegur pasal jerebu, terus libatkan sampai gas, beras, arang batu, transit. Lepas ni apa pula?” soal seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: “Ini Bukan Malaysia Lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: MP Sabak Bernam Titip Pesanan Kepada Prabowo Guna Bahasa Jawa Raih Perhatian Media & Netizen Indo [Video]
Penumpang Akan Pilih Yang Beri Kemudahan, Penerbangan Dari KLIA & Changi Bersaing Dari Segi Kecekapan & Harga – Netizen
Sementara itu, seorang lelaki berkata pengguna akan lebih mengutamakan penerbangan yang memudahkan urusan mereka.
“Malaysia dan Singapura tak perlu panik. Kalau Indonesia mahu mengutamakan syarikat penerbangan sendiri, itu hak mereka. Tetapi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Changi juga bersaing dari segi kecekapan, harga dan rangkaian antarabangsa.
“Pada akhirnya, orang akan memilih kemudahan dan nilai, bukan semata-mata nasionalisme,” tambah seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-apabila-jemaah-indo-diminta-henti-transit-malaysia-dan-singapura.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-apabila-jemaah-indo-diminta-henti-transit-malaysia-dan-singapura-2.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-apabila-jemaah-indo-diminta-henti-transit-malaysia-dan-singapura-5.jpeg)
![Image from: “Tapi Tiketnya Lagi Murah” – Netizen Indo Tak Setuju Jemaah Umrah Diminta Henti Transit Di Malaysia & Singapura [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/reaksi-netizen-apabila-jemaah-indo-diminta-henti-transit-malaysia-dan-singapura-6.jpeg)




