Serangan siber dan penggodam yang dilakukan keatas infrastruktur digital tempatan bukanlah sesuatu yang baru. Ia dilaporkan baru-baru ini bahawa kementerian-kementerian tempatan telah diserang sebanyak 1633 kali sepanjang tahun 2023, dan sebanyak 1547 kali sehingga bulan September 2024.
Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa mengatakan bahawa kesemua serangan-serangan yang berlaku ini telah dikesan dan ditepis oleh National Security Agency (Nacsa), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mengatakan bahawa angka serangan terhadap infrastruktur kerajaan pada kedua-dua tahun ini dilihat berkurangan dengan mendadak apabila dibandingkan dengan jumlah serangan siber setinggi 4378 serangan pada tahun 2022.
Pembangunan dan pengenalan National Cyber Coordination and Command Centre (NC4) juga dilihat membantu dalam memastikan bahawa infrastruktur IT dan data kerajaan kekal selamat dan telah memperkenalkan proses amalan terbaik (best practices) dari segi penggunaan perisian sekuriti komputer dan juga langkah-langkah terbaik untuk memastikan butiran pengguna pekerja kerajaan tidak tertiris dek kejuruteraan sosial dan sebagainya.
Dalam pada itu, ia dilaporkan juga bahawa NC4 akan membantu dalam membangunkan sebuah sistem yang membolehkan proses-proses kerajaan terus berfungsi walaupun terdapat sistem-sistem kerajaan yang dikompromi.
- The Star



![[PANDU UJI] Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024: 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Beli](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)


