Program Sarawak-Malaysia My Second Home tetapkan syarat baharu termasuk deposit tetap RM500,000 dalam akaun pemohon
01/11/2024 - 12:48
KUCHING 1 Nov - Individu yang mahu memohon program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) wajib mempunyai deposit tetap sebanyak RM500,000 di bank tempatan di Sarawak bagi setiap permohonan, termasuk untuk pasangan dan tanggungan.


