Kementerian Kesihatan Malaysia perhebat kempen ‘War on Sugar’, pantau isu magic mushroom

LocalHealth & Fitness
25 Feb 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan usaha ‘War on Sugar’ atau membanteras pengambilan gula secara berlebihan dalam kalangan remaja kanak-kanak diseluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, satu daripada tiga remaja kanak-kanak dikategorikan sebagai lebih berat badan atau obes.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Untuk itu kita perkenalkan kaedah makanan sihat, pinggan suku-suku separuh dan amalan gaya hidup sihat. “Usaha ‘War on Sugar’ juga sebenarnya untuk semua kerana kita ingin elakkan penyakit-penyakit Non-Communicable Disease (NCD) yang mampu merebak pada generasi akan datang.

“Ini adalah bertujuan untuk kita beralih kepada kesejahteraan atau wellness mesyarakat dan rakyat Malaysia, khasnya dalam polisi kerajaan,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kembara Sihat bersama Didi & Friends Zon Sabah, Program Promosi Kesihatan di Institusi Kesihatan (HePiLI) di sini pada Ahad.

Menurut Lukanisman lagi, sejak 2019 hingga 2022, statistik peningkatan jumlah obesiti dalam kalangan kanak-kanak mencatatkan peningkatan sebanyak 15 peratus.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Sabah merupakan destinasi pertama Kembara Sihat Sejahtera bagi tahun 2025.

“Kembara Sihat Sejahtera untuk Zon Sabah ini berlangsung dari 21 hingga 23 Februari dan ini adalah destinasi kelima selepas Selangor, Kedah, Sarawak dan Melaka sebelum ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Antara pengisian aktiviti adalah pertunjukan interaktif serta persembahan muzikal bertemakan kesihatan. “Kembara ini kita sasarkan kehadiran pengunjung seramai 25,000 orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lukanisman juga memberitahu bahawa KKM juga dalam usaha menambahbaik 30 hub kesihatan (wellness hub) di seluruh negara. “Di Sabah kita ada lima wellness hub iaitu di Keningau, Kudat, Lahad Datu, Putatan dan Sandakan.

“Wellness hub ini berfungsi sebagai pusat riadah dan rawatan untuk berhenti merokok serta kaunseling minda sihat. “Ada juga kita sediakan perkhidmatan menurunkan berat badan, juga konsultasi nutrisi termasuk gimnasium,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengulas berkenaan isu magic mushroom dan memberitahu bahawa pihak KKM akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memastikan penguatkuasaan lebih serius untuk mengatasi masalah itu

“Kita faham kesan magic mushroom kepada tingkahlaku halusinasi dan kerjasama yang kita wujudkan dengan agensi dan untuk memastikan keberkesanan ini, kita minta pihak media untuk sama membantu kita meluaskan sebaran maklumat berkaitan magic mushroom kepada audiens.

“Kita perlukan bantuan rakan-rakan media kerana fokus lebih komprehensif berkenaan jualan dadah bahaya ini agak sukar untuk disampaikan kepada rakyat dengan jelas dan inilah yang berlaku sekarang,” tambahnya.

Katanya, KKM turut memantau penjualan magic mushroom di laman media sosial kerana kaedah jualan seumpama itu semakin menjadi tumpuan.

“Kita sudah mengkaji dan tindakan susulan akan kita laksanakan pada masa akan datang.

“Setakat September tahun lalu, kita sudah buka sebanyak 90 kertas siasatan. “Kita lihat dakwaan yang mengatakan kandungan cecair vape itu sendiri mengandungi dadah, maka itulah sebab kertas sisasatan dibuka,” katanya lagi.

Untuk rekod, laporan kimia mengesahkan sebanyak 65.9 peratus cecair vape yang dirampas pada 2023 dan 2024 mengandungi kandungan dadah berbahaya.

Antara jenis dadah yang dikesan dalam cecair vape ialah Butinaca, MDMB-en-PINACA dan MDMA. Sehingga kini, dadah jenis Psilocybin masih belum dikesan dalam cecair vape yang dirampas.