Kementerian Kesihatan Uganda isytihar wabak Ebola di negara itu berakhir

26 Apr 2025 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

MOSCOW, 26 APRIL: Kementerian Kesihatan Uganda pada Sabtu mengumumkan bahawa wabak Ebola di negara itu telah berakhir.

“BERITA BAIK! Wabak Penyakit Virus Ebola Sudan kini tamat secara rasmi. Ini susulan 42 hari tanpa kes baharu sejak pesakit terakhir yang disahkan positif dibenarkan discaj pada 14 Mac 2025,” menurut kementerian itu di laman X.

Kementerian turut berterima kasih kepada para petugas kesihatan, rakan kongsi dan komuniti atas sokongan mereka dalam menamatkan wabak itu.

Pada Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kematian kedua berkaitan Ebola di Uganda, menjadikan kes yang disahkan di negara itu kepada 10.

Pada Februari, WHO mengumumkan bahawa pihaknya melancarkan ujian vaksin virus Ebola pertama di Uganda, manakala pada Januari, organisasi itu menghantar pakar untuk membantu pihak berkuasa tempatan menangani wabak baharu virus Ebola.

– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved