Kementerian Kewangan Mengatakan Paparan Kuota 150L Untuk BUDI95 Adalah Ralat

LocalBusiness & Finance
1 Jun 2026 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Kewangan Mengatakan Paparan Kuota 150L Untuk BUDI95 Adalah Ralat

Awal pagi ini tular di beberapa platform media sosial mengatakan kuota untuk BUDI95 bulan ini secara senyap telah dikurangkan ke 150L berbanding 200L sebelum ini. Pengguna berkongsi tangkapan skrin kuota 150L dipaparkan dalam aplikasi Setel dan TNG eWallet.

Image from: Kementerian Kewangan Mengatakan Paparan Kuota 150L Untuk BUDI95 Adalah Ralat

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan tiada perubahan pada kuota BUDI95 untuk bulan Jun. Ia kekal 200L untuk rakyat Malaysia yang layak. Paparan kuota 150L yang muncul pada malam 31 Mei 2026 hanyalah ralat teknikal disebabkan proses penyelenggaraan.

Harga BUDI95 masih lagi kekal RM1.99 seliter bagi mereka yang layak. Kali terakhir kuota diselaraskan semula ialah pada 1 April apabila ia dikurangkan daripada 300L ke 200L berikutan krisis tenaga disebabkan oleh perang di Asia Barat.

Sumber – @MOFMalaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved