“Kementerian Komunikasi Perlu Jelaskan Mengapa Identiti 5 Suspek Kes Zara Qairina Dilindungi” – Bung Moktar

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Parlimen kerajaan, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) meminta agar Kementerian Komunikasi menjelaskan kepada orang ramai mengapa media tidak dibenarkan untuk mendedahkan nama lima remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut laporan, Bung Moktar berkata begitu ketika mencelah semasa Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggulung Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Dewan Rakyat, semalam.

image is not available

Ini kes juvana, rakyat tak faham

Kata Bung Moktar, Kementerian Komunikasi perlu membuat penerangan kerana bimbang netizen tidak faham apa alasan identiti lima suspek berkenaan perlu dilindungi.

Ini kes juvana, tapi rakyat kurang faham. Masing-masing, rakyat di bawah ini mereka percaya dengan media sosial. Jadi ia tanggungjawab kementerian ini memberi maklumat bahawa memang dalam peraturan negara kita tidak izinkan pendedahan nama, supaya mereka maklum dan faham.

Akta Kanak-Kanak 2001

Fahmi kemudian berkata berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, undang-undang itu melarang media mendedahkan nama, imej, atau sebarang maklumat mengenai suspek kanak-kanak yang boleh membawa kepada pengecaman mereka.

Akta kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 sangat jelas nyatakan ada sekatan yang dilaksanakan bila kes babitkan kanak-kanak, bukan babitkan arahan mana-mana, memang akta terpakai.

image is not available

Terdahulu, kelima-lima suspek yang dituduh menggunakan perkatan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina mengaku tidak bersalah.

image is not available 2025-08-20 14:00:08

Kes Zara Qairina: Dituduh Menggunakan Perkataan Cela, Lima Remaja Mengaku Tidak Bersalah