Kementerian Pendidikan Kemuka Draf Wajibkan Pendidikan Menengah

21 Mar 2023 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kementerian pendidikan telah menghantar draf cadangan kepada Jabatan Peguam Negara bagi mewajibkan pendidikan peringkat menengah.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan berkata langkah tersebut merupakan komitmen kementerian berkenaan bagi memastikan sifar keciciran pelajar di peringkat rendah dan juga menengah.

Ketika ini, dasar pendidikan negara di bawah Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa pendidikan hanya diwajibkan sehingga darjah enam.

image is not available

Perkara tersebut dijawab oleh Fadhlina di Parlimen susulan soalan tambahan yang dikemukakan yang menanyakan status mewajibkan pendidikan peringkat menengah dalam memastikan sifar keciciran murid selepas tamat peringkat rendah.

“Kementerian komited dan telah membawa dan menghebahkan perkara ini”

Seksyen 29A(2), Akta Pendidikan 1996 mengatakan bahawa ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah rendah selama enam tahun, kegagalan berbuat demikan boleh menyebabkan denda maksimum RM5,000, dipenjarakan selama 6 bulan, atau kedua-duanya.

image is not available

Dalam masa yang sama, Fadhlina berkata kementeriannya sedang berusaha untuk melaksanakan program Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11.

Difahamkan, program K9 tersebut adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak tercicir antara Darjah 1 dan Tingkatan 3, manakala K11 adalah untuk memastikan kanak-kanak kekal bersekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.