
SANDAKAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat menggalakkan mana-mana pihak industri dan rakan strategik untuk mengangkat bakat dan inovasi yang dihasilkan pelajar Politeknik dan institusi pengajian tinggi yang lain.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, berkata, ini penting dalam membantu mengembangkan lagi inovasi yang pelajar hasilkan khususnya berkaitan dengan keterjaminan makanan.
Jelasnya, inovasi ini antaranya yang bersesuaian dengan pengajian yang ditawarkan di Politeknik Sandakan iaitu bidang Agrotechnologi dan Akuakultur.
“Kita mahu inovasi yang di buat oleh pelajar ini juga dapat dikembangkan melalui penyelidikan terbabit sekaligus kelak ia dapat dikomersialkan dan memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Kita juga yakin, bukan hanya di Politeknik Sandakan ini sahaja, Politeknik lain dan pelbagai institusi pengajian tinggi lain juga ada inovasi masing-masing dan wajar untuk kita mengembangkan lagi hasil inovasi ini,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus merasmikan majlis penutupan Ekspo Kerjaya TVET Politeknik Sandakan Sabah (PSS) 1.0 di PSS, Hab Pendidikan Sandakan, disini, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah PSS, Mohd Sani Said dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia.
Pelbagai acara mengisi Ekspo tiga hari julung kali diadakan PSS itu yang turut melibatkan rakan industri serta kolaborasi dan institusi pendidikan, universiti serta pelajar sekolah dan pencari pekerja dalam bidang terlibat.
Mustapha juga menyampaikan hadiah utama dan pemenang ciptaan inovasi kalangan pelajar dengan bimbingan pensyarah PSS yang juga mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Sains dan Inovasi (KSTI) Sabah.
Pada majlis sama, Mustapha turut melancarkan Pusat Satelite MyFuture Jobs Politeknik Sandakan Sabah yang disaksikan Ali dan Sani serta hadirin
Berkenaan ekspo itu, Mustapha berkata, ia satu program yang baik khasnya dalam memberikan maklumat kepada pelajar sekolah dan orang awam mengenai Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Program kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sementara itu, Ali ketika ditemui menjelaskan, pusat pertama di Sabah bagi Politeknik ini antara lain membantu pelajar atau lepasan pengajian tinggi dan yang lain untuk mencari peluang dan padanan kerja yang bersesuaian dengan bidang mereka melalui profail dan kelulusan serta bidang masing-masing.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ditawarkan di dalam MyFuture Job yang dikendalikan oleh Perkeso.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

