Kementerian Perpaduan Laksana Kutipan Data IPNas Ketiga Bermula 28 April di Seluruh Negara

LocalPolitics
19 Apr 2025 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bermula 28 April ini, kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan kutipan data bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas Ke-3) di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha KPN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi sempena majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Dataran Darulaman, hari ini.

image is not available

Kementerian Perpaduan Mulakan Kutipan Data IPNas

Menurut beliau, kutipan data ini akan dilaksanakan secara bersemuka dari rumah ke rumah oleh penyelidik yang menggunakan borang soal selidik berdasarkan peta Blok Perhitungan dan Tempat Kediaman yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Proses kutipan data ini akan dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan Borang Soal Selidik dari rumah ke rumah berdasarkan kepada peta Blok Perhitungan (BP) dan Tempat Kediaman (TK) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
“Justeru, KPN berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada para penyelidik di lapangan bagi mendapatkan data berkaitan kajian ini,” katanya.

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk makluman, IPNas merupakan satu-satunya indeks rasmi yang diguna pakai kerajaan bagi mengukur tahap perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian lalu, skor IPNas pada tahun 2018 adalah 0.576, manakala pada tahun 2022 meningkat kepada 0.629. Tahun ini, KPN menyasarkan skor perpaduan mencecah 0.7.

Dalam perkembangan sama, Kedah menjadi negeri kedua yang menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan selepas Melaka pada awal April lalu. Pulau Pinang pula bakal menjadi lokasi perasmian sambutan peringkat kebangsaan pada 16 hingga 20 Julai depan.

image is not available

image is not available

Sambutan Minggu Perpaduan yang merupakan sebahagian daripada kerangka Kembara Perpaduan Malaysia MADANI itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang 17 hingga 19 April di Negeri Kedah.

Antara aktiviti yang mencuri tumpuan termasuklah pameran Rumah KAMI, jualan FoodUnites, Karnival Sukan Rakyat, Fun Walk Baju Tradisi, Bicara Perpaduan, persembahan silang budaya dan pelbagai lagi pameran daripada agensi kerajaan.

image is not available

image is not available Sebelum itu, Datuk Haji Ruji turut merasmikan Program Jejak Harmoni Bersama Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Setar yang merupakan salah satu inisiatif menyemai keharmonian dan kebersamaan rakyat berbilang kaum.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan Bakul Harmoni kepada 30 warga emas sebagai simbolik keprihatinan dan semangat perpaduan.