Kementerian Sumber Manusia Dijenama Semula Dengan Singkatan KESUMA

3 Mar 2024 • 3:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bermula 4 Mac ini, Kementerian Sumber Manusia akan dikenali dengan singkatan nama ‘KESUMA’ dan tiada lagi KSM seperti sebelum ini.

Menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini, penjenamaan semula itu telah dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Mac dan telah dipersetujui.

“KESUMA dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Mnausia [KE.SU.MA],”menurut kenyataan itu.

image is not available

Difahamkan, KESUMA juga merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti bunga.

Keindahan maksud bahasa ini bersesuaian dengan misi strategik 3K Kementerian, yakni memperkasakan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja.

“Dalam dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, KESUMA telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja, meluaskan liputan skim keselamatan sosial.

“Ini termasuk mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran serta melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tata kelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian.

image is not available

Sehubungan itu, nama singkatan KESUMA akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan Kementerian bermula 4 Mac.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved