Kementerian Vietnam gesa segerakan suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga dan keempat

12 Jul 2022 • 3:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan, berikutan perkembangan terkini berkaitan varian BA.4 dan BA.5 di banyak negara Eropah.

Menurut kementerian meskipun wabak itu terkawal di seluruh negara, tetapi dua varian baharu itu dikesan dalam komuniti, lapor Agensi Berita Vietnam.

Kementerian menjangkakan jumlah kes Covid-19 mungkin terus meningkat dan merebak secara besar-besaran pada masa akan datang sekiranya langkah drastik tidak diambil.

Berikutan itu, kementerian mencadangkan pengerusi Jawatankuasa Rakyat wilayah dan bandar memastikan arahan Kerajaan dan Perdana Menteri serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dilaksana dengan berkesan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved