Omicron Sublineage BA.5 Di Malaysia – KKM Nasihat Individu Dewasa Yang Belum Dapatkan Dos Penggalak Untuk Dapatkan Segera

TechnologyDigital
8 Jul 2022 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Kesihatan Malaysia kini berkongsi mengatakan kes varian Omicron Sublineage BA.5 kini sudah berada di Malaysia. Ia dikatakan mungkin merebak lebih luas. Perkongsian terbaru ini hadir selari peningkatan kes sebanyak 31% di seluruh negara dari 3 Julai ke 7 Julai.

Disamping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menasihatkan orang ramai terutamanya individu dewasa yang belum mendapatkan dos penggalak untuk dapatkan segera.

Setakat ini, sekitar 31.4% golongan dewasa masih belum mendapatkan dos penggalak.

Pada masa yang sama, individu yang mempunyai komorbiditi akan mula menerima pautan temujanji di MySejahtera bermula minggu hadapan, untuk dos penggalak kedua.