Kemiskinan luar bandar turun kepada 9.9 peratus – Ahmad Zahid

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 9:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemiskinan luar bandar turun kepada 9.9 peratus – Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar berjaya dikurangkan daripada 12 peratus kepada 9.9 peratus.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan kawasan desa terus berkembang sebagai lokasi yang berpotensi untuk didiami, bekerja dan membina masa depan, namun usaha memperkukuh peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi serta infrastruktur perlu diteruskan.

Menurutnya, data terkini turut menunjukkan corak migrasi semakin berubah apabila perpindahan dari luar bandar ke luar bandar meningkat kepada 7.6 peratus, manakala perpindahan dari bandar ke luar bandar mencatatkan 7.2 peratus.

“Pada masa sama, migrasi dari luar bandar ke bandar mengecil kepada hanya 0.6 peratus.

“Ini menunjukkan desa terus mempunyai daya tarikan sebagai tempat untuk hidup, bekerja dan membina masa depan. Namun, potensi ini perlu disokong dengan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi, infrastruktur dan perkhidmatan yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan MEXCLUB Ke-61 Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pembangunan desa tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemajuan fizikal semata-mata, sebaliknya perlu berteraskan kesejahteraan rohani.

Katanya, pembangunan luar bandar perlu dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi penyediaan infrastruktur, peningkatan pendapatan, peluang ekonomi serta pemeliharaan keharmonian keluarga, kekuatan komuniti dan nilai masyarakat.

“Kita tidak mahu membandarkan desa sehingga desa kehilangan identiti dan nilai masyarakatnya. Sebaliknya, kita mahu memodenkan desa melalui kemudahan, teknologi dan peluang ekonomi yang lebih baik tanpa menghilangkan kekuatan budaya serta hubungan erat dalam komuniti,” jelasnya.

Beliau berkata, MEXCLUB turut bersetuju memperkukuh Program Desa Lestari menerusi penubuhan pasukan petugas khas bagi membantu meningkatkan tadbir urus koperasi, penjenamaan, akses pasaran dan jaringan strategik.

Selain itu, kerajaan negeri diminta mempercepatkan kelulusan berkaitan tanah, pembangunan infrastruktur dan penyelarasan agensi bagi membolehkan aset strategik luar bandar diaktifkan dengan lebih pantas demi manfaat ekonomi rakyat. -KOSMO! ONLINE

The post Kemiskinan luar bandar turun kepada 9.9 peratus – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved