Kempen Internet Selamat Sabah jangkau lebih 148,300 individu

LocalTechnology
22 Aug 2026 • 11:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kempen Internet Selamat Sabah jangkau lebih 148,300 individu

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lebih 148,300 individu di Sabah menerima manfaat Kempen Internet Selamat yang diperluas ke lebih 1,300 institusi pendidikan setakat Julai lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kempen itu dilaksanakan di kawasan bandar, luar bandar serta komuniti akar umbi menerusi pendekatan ‘Masuk Kampung’.

“Keselamatan dalam talian memerlukan penglibatan seluruh komuniti termasuk ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan kanak-kanak bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat,” menurut kenyataan itu.

SKMM berkata pendekatan berkenaan penting bagi membantu masyarakat mengurangkan risiko penipuan dalam talian, penyalahgunaan maklumat peribadi dan ancaman siber lain.

Usaha itu diteruskan menerusi Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Papar yang menghimpunkan lebih 1,500 penduduk setempat.

Program berkenaan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Bersempena Bulan Kebangsaan, SKMM turut menyeru masyarakat menggunakan teknologi secara bertanggungjawab termasuk menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, mengamalkan etika komunikasi yang baik serta membendung penyebaran kandungan palsu.

Karnival itu turut menampilkan sesi perkongsian berkaitan keselamatan internet, pameran agensi kerajaan, aktiviti komuniti serta Jualan RAHMAH MADANI.

Konvoi Kembara Jalur Gemilang turut diadakan bagi menyemarakkan inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’.

SKMM berkata usaha pendidikan dan kesedaran keselamatan dalam talian akan terus diperluas bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran masyarakat melindungi diri dalam persekitaran digital yang semakin kompleks.

Turut hadir ADN Limbahau Datuk Juil Nuatim, ADN Kawang Dato Sri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan ADN Pantai Manis Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved