Kempen Krismas Pullman Kuching 2025 Diserikan Dengan Lobi Baharu Berkonsepkan ‘Ruang Tamu’

2 Dec 2025 • 1:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Pullman Kuching Turut Membawa Hospitaliti Sejati, Kerjasama yang Menyumbang Senyuman Kepada Kanak-Kanak Autistik

Kempen Krismas Pullman Kuching 2025 Diserikan Dengan Lobi Baharu Berkonsepkan ‘Ruang Tamu’. Musim perayaan lazimnya adalah masa untuk kita berbicara tentang kehangatan, kegembiraan, dan yang paling penting, kebersamaan. Di Pullman Kuching, tradisi tahunan Menyalakan Pokok Krismas (Christmas Tree Light Up) kali ini bukan sahaja menyinari ruang lobi yang baharu, malah menyalakan semangat kepelbagaian, kesaksamaan, dan keterangkuman (DEI) dalam komuniti.

Berbeza dengan sambutan perayaan lain yang mungkin hanya fokus pada promosi makanan dan hiasan, Pullman Kuching memilih untuk menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna. Mereka mengumumkan kerjasama Krismas berasaskan DEI bersama Kuching Autistic Association (KAA).

image is not available
Kempen Krismas Pullman Kuching 2025 Diserikan Dengan Lobi Baharu Berkonsepkan ‘Ruang Tamu’. Majlis Menyalakan Lampu Krismas Pullman Kuching semalam, 1 Disember 2025

Hampir 200 tetamu jemputan, termasuk rakan korporat, media, pempengaruh, dan ahli komuniti berkumpul di lobi baharu hotel tersebut pada malam 1 Disember 2025. Namun, kehadiran yang paling menyentuh hati adalah kanak-kanak dan keluarga dari KAA, yang dijemput untuk sama-sama menikmati suasana perayaan penuh keceriaan.

Check In Where Kuching Rises: Lobi Baharu dengan Vibe Ruang Tamu Rumah

Lobi Pullman Kuching yang telah dinaik taraf kini direka sebagai ruang mesra yang memberi inspirasi dan mengangkat semangat komuniti. Visi ini dihidupkan sepenuhnya malam tadi, di mana semangat belas kasihan dan keterangkuman menjadi intipati.

Hospitaliti pada asasnya adalah tentang manusia — tentang komuniti dan penjagaan. Krismas di Pullman Kuching sentiasa lebih daripada sekadar lampu dan hiasan. Ia tentang kebersamaan, pengalaman bersama, dan kegembiraan meraikan sebagai satu komuniti. Malam ini, semangat itu bersinar lebih terang,” kata Encik Sunardi Song, Pengurus Besar Pullman Kuching.

image is not available
Encik Sunardi Song, Pengurus Besar Pullman Kuching

Beliau turut menegaskan komitmen hotel terhadap nilai DEI, dan malam itu menjadi pelancaran sokongan rasmi mereka kepada KAA, sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting dalam membantu individu autistik mencapai potensi penuh mereka.

Imaginasi Anak-Anak Autisme Melalui Ekspresi Seni Kreatif

Apa yang paling menarik perhatian adalah pameran hasil seni dan barangan perayaan yang dihasilkan oleh kanak-kanak KAA sendiri.

Ruang lobi bukan sekadar mempamerkan hiasan mewah, tetapi turut menjadi galeri seni yang penuh makna. Karya-karya kreatif ini adalah peringatan tentang nilai kefahaman, kesabaran, dan sambutan bersama pada musim istimewa ini.

Ramai dalam kalangan anak-anak kami mengekspresikan diri melalui kreativiti – melalui warna, tekstur dan perincian kecil yang mencerminkan bagaimana mereka melihat dunia. Berkongsi karya mereka di Pullman Kuching memberi peluang kepada keluarga untuk berkongsi cerita tentang anak-anak mereka,” kata Encik Duane Reggie, Setiausaha Kuching Autistic Association.

Beliau menambah, “Detik-detik seperti ini membantu orang ramai memahami cara komunikasi anak-anak kami yang berbeza, dan kefahaman itu membawa perubahan yang bermakna.”

image is not available
Hasil lukisan kanak-kanak autistik KAA yang diabadikan dalam bentuk botol tabung air dan tersedia untuk jualan kempen krismas di lobi Pullman Kuching
image is not available
Foto kenangan bersama kanak-kanak autistik KAA serta pihak pengurusan Pullman Kuching

Inisiatif Dua Hala: Menjamu Selera Sambil Menderma

Pullman Kuching turut memperkenalkan dua inisiatif perayaan yang membolehkan orang ramai menyokong KAA secara langsung:

  • Pengumpulan Dana Perayaan: Sebahagian hasil daripada Christmas Eve Buffet Dinner di restoran Culina Pullman Kuching akan disalurkan kepada program pendidikan dan pembangunan KAA.
  • Sudut Barangan KAA (KAA Corner): Sebuah ruang khas di lobi hotel mempamerkan barangan dan hasil seni bermusim oleh kanak-kanak KAA, dengan 100% hasil jualan disumbangkan kepada pertubuhan tersebut.
image is not available
Hasil seni kanak-kanak autistik KAA dipamerkan di ruang lobi Pullman Kuching berserta penerangan ringkas penciptanya.

Usaha ini sejajar dengan komitmen berterusan Pullman Kuching terhadap komuniti, termasuk sokongan mereka kepada Penan Women Project yang memelihara seni anyaman tradisional Penan dan memberikan sokongan biasiswa serta pendapatan.

Kembali Ke ‘Rumah’ Dengan Makna

Sama ada anda merancang percutian ‘balik kampung’ atau mencipta kenangan baharu, Pullman Kuching menjemput anda untuk meraikan suasana “homecoming” di restoran Culina. Dengan hidangan klasik perayaan seperti ayam belanda panggang, serta juadah istimewa Sarawak, pengalaman gastronomi anda kini datang dengan nilai tambah iaitu sokongan kepada komuniti.

Sambutan perayaan di Pullman Kuching tahun ini adalah cara mereka mengajak kita semua, sebagai sebahagian daripada komuniti, untuk ‘Check In’ kepada makna sebenar musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut tentang bufet perayaan dan tawaran istimewa, layari laman sesawang https://www.pullmankuching.com/special-offers/

Baca juga artikel berkaitan:

Sheraton Kuching Lancar Pakej Krismas ‘The Whimsical Wonderland’
Siap Ada Sentuhan Pua Kumbu, Hotel 9 Tingkat Bakal Jadi Tarikan Baru Di Kapit