
TAWAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan akan memperluaskan pelaksanaan Kempen Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api, khususnya di lokasi-lokasi terdedah kepada risiko kebakaran sebagai langkah awal keselamatan.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, inisiatif tersebut dilihat penting dalam usaha memberi kesedaran awal kepada penduduk untuk menjaga keselamatan nyawa da harta benda.
“Melalui kempen ini, penduduk kampung atau taman antara lain akan diberi latihan asas mengendalikan alat pemadam api di samping menjadikan peralatan itu sebagai teman keperluan dalam rumah masing-masing demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, kesedaran keselamatan kebakaran perlu bermula dari rumah, apatah lagi harga sebuah unit alat pemadam api masih mampu milik.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Dalam masa sama, katanya, pihaknya akan terus memberikan komitmen untuk membantu penduduk di kawasannya agar dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu alat pemadam api di rumah kediaman mereka.
Apa yang penting, katanya, pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta jabatan kerajaan perlu sentiasa bekerjasama rapat untuk menganjurkan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran.
Andi berkata demikian selepas merasmikan Kempen satu rumah satu alat pemadam api Penggiat 2.0 di Dewan Serbaguna Kg Budaya Pasir Putih, anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Pertubuhan Komuniti Kampung Budaya Pasir Putih Tawau (Penggiat).
Hadir sama, Pengerusi Penggiat Kasruniyaty Rully. Kempen itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.191 Kalabakan, UPPM N71 Tanjung Batu dan JKKK Kg Budaya Pasir Putih.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan memuji usaha Penggiat melaksanakan kempen tersebut yang kini masuk tahun kedua penganjuran dengan sasaran 702 alat pemadam api diberikan kepada penduduk kampung tersebut.
“Tahun ini 60 unit alat pemadam api diberikan kepada penduduk kampung dan sekitar 582 lagi akan diusahakan dalam penganjuran akan datang… Difahamkan, tahun lepas 60 unit sudah diagihkan kepada penduduk,” katanya. Terdahulu, Penggiat turut melaksanakan program Apa Cerita Orang Kampung (ACOK) One Hour Clean Up yang menyaksikan pelbagai program diadakan seperti gotong-royong, senamrobik, saringan kesihatan, demonstrasi pertolongan cemas dan pameran kesihatan serta agensi kerajaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
