
Eco-Shop, meraikan inisiatif “Satu Senyuman, Seribu Makna” dengan penganjuran kempen komuniti terbesar mereka pada 20 September 2025 di MAEPS, Serdang.
Lebih 1,000 peserta termasuk kanak-kanak dan penjaga dari rumah kebajikan seluruh Malaysia hadir memeriahkan sambutan ini. Program anjuran bersama Yayasan Kebajikan Budimas ini turut mencatat sejarah sebagai sambutan CSR terbesar Eco-Shop setakat ini, sekaligus membuktikan komitmen syarikat terhadap inklusiviti sosial, maruah, dan pembangunan komuniti.
Dilancarkan sempena Hari Malaysia, kempen ini bertujuan menyebarkan keceriaan serta mengukuhkan hubungan bermakna di luar acara perayaan tradisional. Antara pengisian termasuk promosi eksklusif di kedai Eco-Shop, aktiviti khidmat komuniti bersama Yayasan Budimas, serta penampilan khas cef tempatan popular dan personaliti media sosial, Che Sayang.

Seiring dengan penganjuran ini, Eco-Shop turut menerima pengiktirafan ASEAN RECORDS bagi kategori “Largest Corporate CSR Charity Carnival Distributing Meals and Stationery to Underprivileged Communities” melibatkan penyertaan rumah kebajikan dari seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, berkata:
“Kempen ini bukan soal seberapa besar acara yang boleh dianjurkan, tetapi sejauh mana ia menyentuh hati komuniti. Dari senyuman kanak-kanak hingga rasa kebersamaan masyarakat, kami percaya impak bermakna bermula dengan niat yang ikhlas. Itulah inti pati sebenar kempen ini.”
Bagi memberi inspirasi kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, Eco-Shop bersama Che Sayang turut mengunjungi beberapa rumah kebajikan, berkongsi makanan, gelak tawa dan momen berharga menjelang sambutan Hari Malaysia.
“Kempen ini hanyalah permulaan. Eco-Shop akan terus komited menyediakan lebih banyak platform yang mengangkat komuniti, khususnya mereka yang sering terpinggir. Matlamat kami bukan sekadar membekalkan keperluan harian, tetapi membina budaya prihatin, keterhubungan dan kemajuan bersama,” tambah Jessica.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif “Satu Senyuman, Seribu Makna”, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).
The post Kempen “Satu Senyuman, Seribu Makna” Eco-Shop Terima Pengiktirafan ASEAN Records Sempena Hari Malaysia appeared first on Siakap Keli.

