Kemudahan Internet Dan Fasiliti NADI Boleh Digunakan Untuk BDR - Fahmi

LocalTechnology
5 Apr 2026 • 6:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kemudahan Internet Dan Fasiliti NADI Boleh Digunakan Untuk BDR - Fahmi

JOHOR BAHRU, 5 April (Bernama) -- Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pihaknya akan menyelaraskan agar kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu.

“Memang pada waktu ini banyak NADI dimanfaatkan untuk tujuan mesyuarat dalam talian bagi badan dan agensi seperti Amanah Ikhtiar dan lain-lain, jadi saya tidak lihat ada apa-apa halangan untuk kita peluaskan penggunaan NADI bagi tujuan BDR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI negeri Johor, di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR mulai 15 April ini khusus untuk penjawat awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama tiga hari seminggu, antara lain bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.

Baca juga: