Maybank – Kemaskini MAE Sebelum 11 April 2026 Untuk Terus Guna Aplikasi

LocalTechnology
3 Apr 2026 • 6:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank mengingatkan semua pengguna supaya segera mengemaskini aplikasi MAE by Maybank2u ke versi terbaharu 0.9.45 sebelum 11 April 2026. Kemaskini ini bukan sekadar rutin teknikal tetapi langkah penting untuk memastikan pengalaman perbankan kekal selamat dan lancar.

image is not available

Bagi pengguna yang sudah menggunakan versi terkini, anda boleh terus menikmati perkhidmatan tanpa sebarang kebimbangan. Namun, sekiranya masih menggunakan versi lama, akses ke aplikasi akan terhenti sepenuhnya selepas tarikh tersebut. Ini bermakna selepas 11 April 2026, anda tidak lagi boleh mengakses aplikasi MAE anda.

image is not available

Untuk menyemak versi aplikasi, pengguna boleh semak terus di App Store/Play Store/Huawei AppGallery dan pastikan versi yang dipaparkan ialah 0.9.45 atau buka aplikasi MAE, pergi ke ‘Settings’ melalui ikon gear, tatal ke bahagian ‘About’ dan lihat nombor versi. Maybank menekankan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk melindungi keselamatan transaksi serta memastikan sistem sentiasa stabil.

Bagaimana untuk kemaskini?

  • Buka Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Cari “MAE by Maybank2U”.
  • Tekan butang Update.