Kemuka Sijil Palsu, Individu Terpalit Isu ‘Scam’ Biasiswa NASA Ditamatkan Dari Program Felo Perdana

Entertainment
14 Sep 2023 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Belia dan Sukan semalam telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes melibatkan seorang individu yang didakwa pernah terpalit dengan isu scam kononnya terpilih menerima biasiswa daripada National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Nama individu ini kembali menjadi topik perbincangan ramai selepas ada di kalangan netizen sangsi dengan latar belakang dan pencapaiannya selepas dia terpilih menjadi ahli Felo Perdana.

“Sijil yang dikemukakan tidak tulen”

Susulan isu yang tular, pihak KBS menerusi menterinya, Hannah Yeoh di X telah menjelaskan bahawa pihak mereka telah mengambil maklum akan isu yang tular ini.

Pelajar universiti awam ini katanya telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program Felo Perdana.

Malangnya, salah satu pencapaian yang disenaraikan didapati bahawa sijil yang dikemukakan adalah palsu dan dia telah ditamatkan daripada menyertai program tersebut.

image is not available

Namun bagi salah satu pencapaian yang telah disenaraikan, setelah disemak dengan lebih lanjut bersama penganjur, adalah didapati bahawa sijil yang dikemukakan tidak tulen.

“Justeru berkaitan isu ini, beliau akan ditamatkan dari menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program. Walau bagaimanapun, beliau akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling,” katanya dalam satu kenyataan.

KBS juga menurut Hannah akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program itu dikukuhkan lagi pada masa hadapan.

Diharapkan pemilihan selepas ini akan lebih telus dan mereka yang benar-benar layak mengikut merit sahaja akan mengikuti program berprestij seperti ini.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.